Batu Tiga merupakan sebuah bandar yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Ia terletak bersempadan dengan Subang Jaya dan Shah Alam. Walau bagaimanapun, ia berhampiran dengan Shah Alam berbanding pusat bandarnya di Subang Jaya. Taman Perindustrian Subang Hi-Tech yang terletak di pinggir bandar berfungsi sebagai salah satu kawasan industri paling utama di Lembah Klang kerana ia terletak di antara Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang dan Subang.
Batu Tiga terletak dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Kawasan pinggir bandar ini bermula sebagai sebuah kawasan perindustrian, kemudian berkembang dengan pembangunan kediaman kos rendah berkembang pada tahun 2000. Biasanya kekeliruan berlaku kerana beranggapan ianya terletak di Shah Alam kerana sebelum ini tidak terdapat kemudahan jalan yang menghubungkannya terus ke Subang Jaya. Pada tahun 2009, jambatan yang menghubungkan dari USJ ke kawasan ini telah dibina, menjadikan pinggir bandar ini lebih strategik berbanding sebelumnya.