Wangsa Maju

Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran utama yang terletak di utara timur Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh Setapak.Wangsa Maju terdiri dari Seksyen 1,2,4,5,6 dan 10.Ekonomi di Bandar Wangsa Maju ini kebanyakkannya perniagaan.Ini dapat dilihat dengan wujudnya pusat membeli-belah,gerai dan tapak pasar malam.Di Wangsa Maju terdapat beberapa buah stesen minyak ESSO ,SHELL, PETRONAS, satu bangunan 7 tingkat Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad, satu kompleks bangunan medan selera dan beberapa buah masjid dan surau iaitu Masjid Usamah Bin Zaid ,Masjid Al-Muttaqin, Surau An-Naim ,Surau Wangsa Melawati dan Surau Seksyen 4 .

Tapak yang ada di Wangsa Maju ini dahulunya ialah estet ladang getah Setapak dari tahun 1900-an hingga 1980-an. Perbandaran ini ditubuhkan pada 26 Februari 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, YAB Dato’Seri Dr.Mahathir Mohamad bersempena dengan ulang tahun penubuhan Wilayah Persekutuan ke-10.”Wangsa Maju” iaitu singkatan kepada “Bandar Baru Titiwangsa Maju” adalah projek pembangunan bandar baru yang berbentuk usahasama yang pertama yang diusahakan dan dilaksanakan oleh DBKL dan Peremba Berhad. Penglibatan pihak swasta mencerminkan hasrat Kerajaan membangunankan negara menerusi konsep Persyarikatan Malaysia . Wangsa Maju telah menjadi salah satu perbandaran terbesar di Kuala Lumpur selepas Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan di Cheras