KLANG

KLANG Selat Klang Pelabuhan Klang Sungai Kandis Pandamaran Kota Kemuning Batu Tiga Bandar Baru Klang Kota Anggerik Sementa Meru Daerah Klang adalah sebuah daerah di Selangor, Malaysia. Ia terletak di bahagian barat Selangor. Ia bersempadan dengan Daerah Kuala Selangor di utara, Petaling di timur, daerah Kuala Langat di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat. Daerah ini kemudian dibahagikan kepada dua mukim yaitu Klang dan Kapar yang meliputi 626,78 km persegi daratan dengan 53,75 km garis pantai. Bandar utama daerah ini adalah Bandar Klang. Bandar lain di daerah ini termasuk Pelabuhan Klang, Pandamaran, Kapar dan Meru dan Bandar Sultan Sulaiman. Sungai Klang mengalir melalui daerah Klang dan berakhir berhampiran Pelabuhan Klang dan ia mempunyai banyak pulau. Daerah Klang terbahagi kepada 2 mukim, iaitu Kapar dan Klang: Kapar adalah kawasan di utara Sungai Klang (Kapar sendiri juga merupakan nama sebuah kota), sementara Klang meliputi kawasan di selatan sungai. Bandar Klang sendiri merangkumi kawasan di utara dan selatan sungai. Selain wilayahnya sekarang, daerah Klang sebelum tahun 1974 juga termasuk mukim Bukit Raja dan Damansara, yang meliputi wilayah Shah Alam, Subang Jaya, Bandar Sunway dan Kelana Jaya. Pada tahun 1974, setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan, kecamatan Damansara dan Bukit Raja bergabung dengan Petaling Jaya, Puchong dan Sungai Buloh untuk membentuk Daerah Petaling.

Kuala Langat

KUALA LANGAT Tanjung Dua Belas Morib Kelanang Teluk Panglima Garang Jugra Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar DiRaja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA. Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil orang-orang asli. Pada masa ini terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang. Di sini terdapat kilang elektronik dan alat ganti kenderaan. Tanaman utama daerah ini adalah kelapa sawit. Teh juga turut ditanam di daerah Kuala Langat oleh Boh Plantations iaitu Sri Cheeding Boh Tea Plantation, sebuah ladang teh tanah rendah. Selain itu, terdapat juga kawasan yang menarik di sini seperti Bukit Jugra, pantai Morib dan beberapa perkampungan Homestay.

Sepang

SEPANG Labu Putrajaya Dengkil Cyberjaya Sepang adalah daerah di negeri Selangor. Ia terletak 50 km ke selatan Kuala Lumpur. Sebilangan besar pengunjung menuju ke Sepang untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan litar Formula Satu Sepang terletak di daerah ini. Pusat daerah adalah Bandar Baru Salak Tinggi. Sepang juga merupakan nama sebuah bandar kecil di Jalan Persekutuan 5 atau jalan utama Pantai Barat di mana terdapat sambungan bas tempatan ke Port Dickson di Negeri Sembilan, KLIA, dan Banting lebih jauh ke utara di pantai Selangor. Sehingga tahun 2000, daerah Sepang hanya merupakan ladang kelapa sawit. Kini ia mempunyai puluhan juta pengunjung setahun kerana dua sebab: Litar perlumbaan Formula Satu Sepang, dan KLIA. Namun, di luar dua tarikan ini dan kawasan-kawasan yang bersempadan dengan Petaling Jaya, anda masih akan disambut dengan desa-desa yang tenang dan batu ladang kelapa sawit. Daerah Sepang terletak di bahagian selatan Selangor. Ia berbatasan dengan Kuala Langat di sebelah barat, Petaling di utara, Hulu Langat di timur laut dan negeri Negeri Sembilan di sebelah timur. Sepang juga mengelilingi Putrajaya yang merupakan Wilayah Persekutuan.

Hulu Langat

HULU LANGAT Hulu Semenyih Semenyih Beranang Kajang Cheras Ampang Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan daerah ke-5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat laut; Daerah Petaling di sebelah barat; Daerah Sepang di sebelah barat daya; Negeri Pahang di sebelah timur laut; Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur. Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan “kampung di tengah bandar besar”. Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak terlalu hampir, selain Wilayah Persekutuan Putrajaya juga terletak terlalu dekat dibahagian selatan Hulu Langat. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu Mukim Ampang Mukim Beranang Mukim Cheras Mukim Ulu Langat Mukim Ulu Semenyih Mukim Semenyih Mukim Kajang. Penduduk asal daerah ini adalah terdiri daripada orang Melayu yang kebanyakan adalah orang Minangkabau di samping kehadiran suku etnik Melayu lain iaitu suku Jambi, Mendailing ,sedikit Jawa, dan lain-lain. Buktinya kini dapat dilihat berdasarkan pertuturan masyarakat tempatan yang cenderung menggunakan bahasa loghat tersebut. Hulu Langat mungkin mengambil sempena nama ‘langat’ yang kemudiannya ditambahkan perkataan “hulu” atau “ulu” kerana terletak di bahagian pedalaman negeri Selangor, lalu menjadi Hulu langat. Daerah ini kemungkinan besar terletak dalam jajahan Negeri Sembilan sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan, dan kemudiannya membawa daerah ini masuk ke dalam wilayah Selangor.

Petaling

PETALING Shah Alam Damansara Sungai Buloh Bukit Raja Petaling merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daerah Petaling dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), Subang Jaya (ibu daerah), Puchong, Seri Kembangan, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh. Antara Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di daerah Petaling ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, kampus Petaling Jaya), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR, kampus Petaling), Universiti Putra Malaysia (UPM, Serdang), Universiti Teknologi Mara (UiTM, Shah Alam). Daerah ini juga mempunyai sebuah lapangan terbang awam, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Daerah Petaling juga merupakan sebuah daerah yang termaju di Negeri Selangor. Daerah Petaling ini ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Daerah ini terletak di tengah-tengah Lembah Klang. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan status Bandaraya.            Daerah Petaling mempunyai keluasan kawasan  sejumlah 484.32 km². Petaling Jaya yang merupakan bandar utama mempunyai keluasan kawasan 97.2 km² dan merupakan Bandar terbesar di antara bandar-bandar di Negeri Selangor. Menurut banci 2005, penduduk Daerah Petaling ialah 1,418,700 orang dengan kepadatan 2929.3/km².

Kuala Lumpur

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Bandar Tun Razak Seputeh Cheras Bukit Bintang Titiwangsa Setiawangsa Wangsa Maju Lembah Pantai Segambut Kepong Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لومڤور; singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 1.796 juta orang mengikut banci tahun 2018. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi. Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999. Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat. Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.

Gombak

GOMBAK Ulu Kelang Setapak Batu Rawang Daerah Gombak adalah sebuah daerah di dalam Negeri Selangor  yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :    > Sebahagian Mukim Ampang (Peralihan daripada daerah Hulu Langat)   > Mukim Hulu Kelang (Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur)    > Sebahagian Mukim Setapak (Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur)   > Sebahagian Mukim Batu (Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur)    > Mukim Rawang (Peralihan daripada daerah Hulu Selangor / Kuala Selangor) Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :                           Daerah Hulu Selangor di sebelah Utara    Wilayah Persekutuan dan Daerah Hulu Langat di sebelah Selatan   Daerah Kuala Selangor di sebelah Barat   Daerah Petaling di sebelah Barat Daya   Negeri Pahang Darul Makmur di sebelah Timur laut  Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah-daerah lain dalam Negeri Selangor.     Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai- sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang dan Sungai Batu. Dari segi pentadbiran pengurusan, Daerah Gombak dibahagikan kepada 5 Mukim dan kampung-kampung. Mukim Rawang I merupakan mukim terbesar diikuti pula oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang.  Daerah Gombak ditadbirkan oleh 1 Pegawai Daerah, 5 orang penghulu dan 1 pegawai kemajuan kampung baru. Terdapat 49 buah kampung di daerah Gombak ini, ianya terdiri daripada 35 buah Kampung Tradisional dan 14 buah Kampung Baru. Kampung-kampung ini pula ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Hulu Selangor

HULU SELANGOR Peretak Batang Kali Ulu Yam Serendah Sungai Tinggi Hulu Bernam Daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Selangor. Dari sudut geografi,Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar,hampir sama keluasan dengan Negeri Melaka.Jumlah penduduknya lebih kurang 178,500 orang(2005) atau 3.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Negeri Selangor,dan kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa. Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur.Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman,Maju dan Sejahtera”. Pada masa kini, Daerah Hulu Selangor mampu berbangga dengan wujudnya pelbagai projek mega seperti ikawasan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, kawasan perindustrian, perumahan , pelancongan, Bandar moden di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Serendah, Batang Kali dan Lembah Beringin di Kerling. Pembinaan interchange lebuh raya PLUS di Bukit Beruntung dan di Lembah Beringin menambahkan lagi kerancakan pembangunan kawasan ini. Sungai Selangor dahulunya merupakan alat perhubungan utama yang menghubungkan Bukit Fraser bersempadanan dengan Negeri Pahang hingga ke Kuala Selangor dan Sungai-sungai lain seperti Sungai Serendah, Sungai Batang Kali, Sungai Liam, Sumgai Inki, Sungai Kerling dan Sungai Bernam. Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa ini kaya dengan bukit-bukau yang menghijau dan telah menarik tumpuan industry pelancongan serta penubuhan institusi pendidikan di daerah ini. Selain rangkaian lebuh raya utara selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, terdapat juga Rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua, Batang Kali ke Genting Highlands, Sungai Tengi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Semuanya merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor yang Menjadi Pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi.

Kuala Selangor

KUALA SELANGOR Jeram Ijok Api-Api Bestari Jaya Pasangan Ujong Permatang Ulu Tinggi Tanjung Karang Kuala Selangor adalah sebuah bandar di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Nama Kuala Selangor bermaksud Muara Sungai Selangor. Kuala Selangor adalah ibu kota Kesultanan Selangor pada awal tahunnya pada abad ke-18. Ia dipindahkan ke Kuala Langat dan kemudian Klang pada abad ke-19. Bandar Kuala Selangor terletak di muara Sungai Selangor, di mana ia mengalir ke Selat Melaka. Ia terletak 55 km barat laut pusat bandar Kuala Lumpur, dan 42 km barat laut Shah Alam, ibu kota Selangor. Bandar Kuala Selangor adalah bandar terbesar di wilayah Kuala Selangor, yang juga mengandungi bandar berdekatan Tanjung Karang, Ijok, Puncak Alam, Bestari Jaya dan Jeram. Kuala Selangor dihubungkan ke Sungai Buloh dan Kepong melalui lebuh raya nasional 54. Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) E25 adalah laluan masuk lain dari Rawang. Kuala Selangor juga dapat diakses dari ibukota kerajaan Klang melalui lebuh raya nasional 5.

Sabak Bernam

SABAK BERNAM Pasir Panjang Sg. Panjang Pachang Bedena Sabak Bagan Nakhoda Omar Sg. Air Tawar Sabak (Bahasa Melayu: Sabak) adalah sebuah bandar pesisir di Daerah Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Ia terletak di sudut barat laut Selangor, tepat di sebelah selatan Sungai Bernam, sempadan semula jadi Selangor dengan Perak. Kegiatan ekonomi utama di bandar ini adalah ladang kelapa sawit yang dijalankan oleh individu dan juga organisasi swasta seperti Sime Darby. Bandar ini sedang mengalami pembangunan infrastruktur dengan menambah kedai dan sistem perparitan. Sabak adalah bandar paling utara dan paling barat di Selangor, dan merupakan kawasan paling jauh dari Shah Alam dan Kuala Lumpur. Ia berjarak 2 jam perjalanan di Highway 5 dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sabak Bernam tidak dapat diakses dari mana-mana perkhidmatan kereta api / metro, walaupun terdapat perkhidmatan bas harian, yang dikenali sebagai Sabak Bernam-Kuala Lumpur Ekspres, yang menjalankan tujuh perjalanan sehari dari Pudu Sentral (SP8 LRT Plaza Rakyat / SBK17 MRT Merdeka) ke Sabak Bernam , Sekinchan, Sungai Besar dan sejauh Teluk Intan.