Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung kanchong darat, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.
Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.