Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 km selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja dan Parlimen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.
Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, bandar tersebut terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain Cyberjaya yang baru dibangunkan. Dalam Sanskrit, “putra” bererti “putera” atau “anak lelaki”, dan “jaya” bererti “kejayaan” atau “kemenangan”. Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.