Setapak

Setapak merupakan satu kawasan utama di Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang berhampiran Setapak ialah Setiawangsa, Titiwangsa, Taman Melati, Sentul, Chow Kit dan Kampung Bandar Dalam.

Kawasan Setapak merangkumi keluasan 13.91 km persegi. Majoriti penduduk Setapak terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Secara purata bilangan Bumiputera 83,200 (54%) dan bukan Bumiputera 69,700 (46%). Populasi Setapak ialah 52,900 orang pada tahun 2000.

Pusat kawasan Setapak ialah di Wangsa Maju. Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran moden dan utama di Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh kawasan perumahan dan perdagangan Setapak. Wangsa maju Seksyen 10 terdiri dari blok penginapan blok A,B dan C serta ada dua blok bangunan perniagaan. Berhampiran dengannnya ada kondominum Sri Kinabalu, Sri Ledang dan Sri Loging. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) terletak di Wangsa Maju.

Dari segi sejarah, Wangsa Maju ini dahulunya ialah estet getah Setapak dari tahun 1900-an hingga 1980-an. Kawasan perbandaran Wangsa Maju ditubuhkan pada tahun 1984. Wangsa Maju telah menjadi salah satu perbandaran terancang di Kuala Lumpur selepas Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan.