Beranang

Mukim Beranang terletak di daerah Hulu Langat, negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di utaranya ialah Semenyih dan di selatannya ialah Mantin, Negeri Sembilan. Beranang terbahagi kepada dua iaitu Pekan Beranang terletak dalam negeri Selangor. Sementara Ulu Beranang terletak dalam Negeri Sembilan. Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi. Bukit yang terdapat di sini ialah : Bukit Tempurung 401 kaki Bukit Buluh 401 kaki Bukit Ulu Beranang 2654 kaki Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud ‘berenang’. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek rupa-rupanya dalam dan arusnya deras. Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, air sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.