Hulu Semenyih

Mukim Hulu Semenyih atau Ulu Semenyih merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Mukim Hulu Semenyih terletak dalam daerah Hulu Langat, negeri Selangor, negara Malaysia. Hulu Semenyih berbelahan dengan mukim Semenyih, malahan dikatakan sebagai Semenyih sahaja. Jadi Semenyih itu terbahagi kepada dua mukim yang agak besar. Hulu Sungai Semenyih telah diempang pada tahun 1984 untuk dijadikan Empangan Semenyih. Empangan Semenyih bukanlah empangan janakuasa hidro elektrik .Tetapi empangan ini semata-mata untuk empangan bekalan air bagi menampung permintaan bekalan air Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah Hulu Langat.

Semenyih

Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih. Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau. Di dalam peta topografi, Semenyih terletak di latitud Utara 2° 57′ , longitud Timur 101° 50′ . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut. Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan. Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.

Beranang

Mukim Beranang terletak di daerah Hulu Langat, negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di utaranya ialah Semenyih dan di selatannya ialah Mantin, Negeri Sembilan. Beranang terbahagi kepada dua iaitu Pekan Beranang terletak dalam negeri Selangor. Sementara Ulu Beranang terletak dalam Negeri Sembilan. Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi. Bukit yang terdapat di sini ialah : Bukit Tempurung 401 kaki Bukit Buluh 401 kaki Bukit Ulu Beranang 2654 kaki Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud ‘berenang’. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek rupa-rupanya dalam dan arusnya deras. Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, air sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.

Kajang

Kajang (Jawi: كاجڠ) ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang. Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Jika dilihat dari sudut topografinya pula, mukim Kajang terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit-bukau. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukim Kajang.

Cheras

Cheras merupakan sebuah pinggir bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bandar ini terletak di tenggara Kuala Lumpur. Cheras juga bersebelahan dengan Ampang ke arah utara dan bersebelahan dengan Kajang ke arah selatan, kedua-duanya merupakan bandar utama di kawasan metropolitan Kuala Lumpur. Cheras mempunyai beberapa stesen LRT. Di laluan Star LRT, terdapat stesen Cempaka dan Pandah Indah. Selain itu, terdapat juga stesen Cheras. Terdapat banyak juga bas yang melalui Cheras. Jalan raya utama di Cheras termasuklah Jalan Cheras, Jalan Cheras-Kajang dan Jalan Cheras-Seremban.

Ampang

Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Yang Berhormat Puan Zuraida Kamaruddin merupakan Ahli Parlimen daerah Ampang (P99) dari Pakatan Rakyat yang mewakili penduduk Ampang dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia sejak tahun 2008. Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang, Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC). Kawasan Zon Ampang Kuala Lumpur ini telah ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut Rang Undang-Undang Wilayah Persekutuan. Ampang berasal dari perkataan “ampangan” bermaksud kawasan bekas lombong. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.

Shah Alam

Bandar Raya Shah Alam ialah Ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi Bandaraya pada tahun 2000. Shah Alam juga merupakan Bandaraya yang hampir dengan bandaraya Kuala Lumpur, hanya dipisahkan oleh Petaling Jaya iaitu sekitar 27 kilometer jaraknya. Jumlah penduduknya adalah 646 890 orang dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada 2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik ‘Renantanda Shah Alam’ dan burung rasminya pula ialah burung undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran ‘Bandar Raya Anggerik’. Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan ‘Bandar Perindustrian’ kerana tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.

Damansara

Damansara adalah satu daripada 36 mukim daerah Petaling dalam negeri Selangor, Malaysia. Tempat ini dinamakan sempena Sungai Damansara yang mengalir berhampiran. Damansara adalah satu dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Damansara adalah hab komersil yang kedua selepas Kuala Lumpur. Di sini juga terdapat beberapa kawasan kediaman mewah. Kawasan Damansara adalah kediaman bagi beberapa masyarakat, tetapi kebanyakan pecahan kawasan tersebut terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Petaling Jaya. Pada tahun 2004, ia terbahagi kepada beberapa buah kawasan.

Sungai Buloh

Sungai Buloh, atau Sungei Buloh, adalah sebuah kota, mukim (komun) dan kawasan parlimen di bahagian utara wilayah Petaling, Selangor, Malaysia. Nama itu sendiri bermaksud sungai buluh dalam bahasa Melayu. Ia terletak 16 km NW dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 8 km ke utara Lapangan Terbang Subang, di sepanjang lebuh raya Kuala Selangor. Bersempadan dengan Damansara, Kepong, Kuang dan Kuala Selangor, Sungai Buloh terkenal dengan koloni kusta era penjajahannya, salah satu yang terbesar di negara ini. Sungai Buloh pada satu ketika, merupakan penempatan kusta kedua terbesar di dunia. Ia dilengkapi dengan kemudahan canggih dan tetap menjadi pusat penyelidikan penyakit kusta hingga hari ini. Sungei Buloh adalah projek perintis berdasarkan “kebijakan pencerahan” memisahkan pesakit kusta dalam komuniti yang menyokong diri mengikuti prinsip-prinsip kota kebun.

Bukit Raja

Bukit Raja (Jawi: بوكيت راج; Bahasa Cina: 武 吉拉 惹) boleh disebut mukim di Daerah Petaling, Selangor, Malaysia, yang mengandungi beberapa kawasan di utara Shah Alam yang merupakan bahagian barat dari Seksyen 7 Shah Alam, Setia Alam (U13 ), Denai Alam, Bukit Subang, Alam Budiman, Puncak Perdana, Bukit Bandaraya (U11) dan Taman Botani Nasional Shah Alam [1] [2] Namun, definisi Bukit Raja pada masa ini telah beralih ke selatan, yang biasanya merujuk kepada beberapa kawasan di Klang, yang terdiri dari beberapa bekas perkebunan kelapa sawit milik Sime Derby Plantations. Pembangunan pertama ladang Bukit Raja adalah kawasan perindustrian di sekitar Bandar Baru Klang dan Lebuhraya Persekutuan, kemudian Bukit Raja telah berkembang ke sempadan Setia Alam dengan penubuhan projek perumahan “Bandar Bukit Raja” yang baru. Pemaju utama adalah Sime Darby Property, dan keseluruhan meliputi tanah pegangan bebas seluas 4,405 ekar, fasa pertama Bandar Bukit Raja dilancarkan pada tahun 2002 dan sejak itu telah menyampaikan pelbagai projek perumahan yang terdiri daripada rumah mampu milik, sederhana dan mewah serta pusat komersial.