Dengkil

Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, dalam daerah Sepang, Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan. Dengkil mempunyai banyak kampung yang indah seperti Kampung Sungai Buah, Kampung Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, dan Jenderam Hilir. Lokasi strategik Dengkil menarik banyak penduduk. Dengkil berdasarkan nama asalnya, “Dingkil”. Terdapat dua sungai yang terkenal di Dengkil, Sungai Semenyih dan Sungai Langat, sungai bergabung berhampiran Jederam Hilir.