Kelanang

Kampung Kelanang کامڤوڠ کلانڠ merupakan sebuah kampung yang terletak di Banting, Selangor. Kampung ini merupakan sebuah kampung tradisi orang Melayu dan dipercayai telah dibuka kira-kira 100 tahun yang lalu. Pada ketika itu, keadaan muka bumi yang dipenuhi dengan hutan rimba dan tumbuhan pelbagai jenis seperti pokok besar dan rotan manau. Mata pencarian bagi orang kampung ketika itu kebanyakannya ialah bertani dan menangkap ikan. Mereka terdiri daripada para petani dan nelayan manakala Orang Asli pula mencari Rotan di hutan untuk dijual. Menurut bahasa orang Asli, rotan dipanggil lanang. Oleh kerana terdapat terlalu banyak rotan yang ada, maka mereka menyebut “lanang, lanang, lanang..”. Memandangkan kampung ini pada ketika itu masih tidak mempunya nama, maka orang kampung ini menambah sukukata ‘KE’ kepada nama ‘LANANG’ lalu menjadilah perkataan ‘KELANANG’ dan nama ini telah mendapat persetujuan daripada penduduk kampung. Kampung ini dengan rasminya diisytiharkan sebagai ‘Kampung Kelanang’ dan nama ini masih diguna pakai sehinggalah ke hari ini.