Meru

Meru adalah sebuah bandar kecil di daerah Klang, Selangor, Malaysia. Bandar ini sedang meningkat naik kerana terdapat banyak bandar baru dibangunkan di sekitarnya. Antara bandar baru yang sedang pesat membangun di Meru adalah Bandar Baru Setia Alam. Selain itu, Terminal Bas Klang yang dahulunya bertempat di Jalan Pos Baharu telah dipindahkan 80% ke sebuah terminal baru yang dinamakan Klang Sentral di Meru. Ini menjadikan Meru sebagai sebuah hab laluan baru bagi sistem pengangkutan di Klang. Meru terletak dalam Parlimen Kapar di bawah Y.B. Manikavasagam Sundaram. Ahli Dewan Undangan Negeri Meru pada waktu ini adalah Y.B. Tuan Haji Fakhrulrazi. Kawasan yang meliputi Meru bermula dari Batu 1, Jalan Meru yang terletak di laluan keluar Bandar Klang dan terdapat Sekolah Menengah Tinggi Klang di situ. Sempadan Meru berakhir di Bukit Kapar iaitu di Batu 8 1/2, sempadan Kapar di Persiaran Hamzah Alang dan sempadan daerah Shah Alam di Jalan Paip.