Hulu Langat
HULU LANGAT Hulu Semenyih Semenyih Beranang Kajang Cheras Ampang Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan daerah ke-5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat laut; Daerah Petaling di sebelah barat; Daerah Sepang di sebelah barat daya; Negeri Pahang di sebelah timur laut; Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur. Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan “kampung di tengah bandar besar”. Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak terlalu hampir, selain Wilayah Persekutuan Putrajaya juga terletak terlalu dekat dibahagian selatan Hulu Langat. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu Mukim Ampang Mukim Beranang Mukim Cheras Mukim Ulu Langat Mukim Ulu Semenyih Mukim Semenyih Mukim Kajang. Penduduk asal daerah ini adalah terdiri daripada orang Melayu yang kebanyakan adalah orang Minangkabau di samping kehadiran suku etnik Melayu lain iaitu suku Jambi, Mendailing ,sedikit Jawa, dan lain-lain. Buktinya kini dapat dilihat berdasarkan pertuturan masyarakat tempatan yang cenderung menggunakan bahasa loghat tersebut. Hulu Langat mungkin mengambil sempena nama ‘langat’ yang kemudiannya ditambahkan perkataan “hulu” atau “ulu” kerana terletak di bahagian pedalaman negeri Selangor, lalu menjadi Hulu langat. Daerah ini kemungkinan besar terletak dalam jajahan Negeri Sembilan sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan, dan kemudiannya membawa daerah ini masuk ke dalam wilayah Selangor.