Api-Api

Mukim Api-Api merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Kuala Selangor. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Jeram, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Pasangan, Tanjong Karang, Ujong Permatang dan Ulu Tinggi.

Bestari Jaya

Bestari Jaya (dahulunya Batang Berjuntai) adalah sebuah pekan kecil di Selangor, Malaysia. Ia terletak di daerah Kuala Selangor Majlis Perbandaran Kuala Selangor. “Batang Berjuntai” merupakan satu istilah dalam Bahasa Melayu (batang seperti ranting dan kayu yang tergantung). Kawasan ini pernah mempunyai landasan kereta api antara Batang Berjuntai dengan Batu Arang dan seterusnya pada ke laluan utama Landasan Kereta Api Melayu di Kuang. Laluan antara bandar dan Batu Arang telah dimusnahkan oleh askar Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dibina semula. Pada tahun 2007, kerajaan negeri Selangor secara rasminya telah membuat penamaan semula Batang Berjuntai kepada “Bestari Jaya”. Antara penukaran adalah bagi menjaga nama tempat tersebut supaya tempat dan masyarakat disana tidak disalah ertikan dengan tanggapan yang tidak senonoh kerana istilah “batang” sering dikonotasikan dengan “penis”. Selain itu ia sebagai salah satu inisiatif bagi mewujudkan perkampungan ilmu berikutan terbina kampus utama Universiti Selangor (UNISEL) disitu.

Pasangan

Pasangan merupakan sebuah mukim di daerah Kuala Selangor, Selangor. Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Tanjong Karang, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi.

Ujong Permatang

Ujong Permatang merupakan sebuah mukim di daerah Kuala Selangor, Selangor. Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Tanjong Karang, Pasangan, dan Ulu Tinggi.

Ulu Tinggi

Ulu Tinggi merupakan sebuah mukim di daerah Kuala Selangor, Selangor. Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Tanjong Karang, Ujong Permatang, dan Pasangan.  

Tanjung Karang

Tanjung Karang atau kadang-kadang juga dieja Tanjong Karang adalah sebuah mukim, pekan dan kawasan penanaman padi yang terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Melalui satu rancangan yang bersistematik, tanaman padi disini telah dimulakan pada tahun 1936. Pekan Tanjong Karang merupakan kawasan utama di Tanjong Karang dan menjadi tumpuan penduduk tempatan bagi mendapatkan keperluan. Sungai Tengi yang sinonim dengan pekan ini merupakan sebatang sungai yang menyusur ditengah-tengah Pekan. Sebuah jambatan utama dengan empat lorong yang merupakan sebahagian dari Laluan Persekutuan 5 telah dibina bagi menghubungkan Pekan Tanjong Karang yang terpisah oleh bentuk rupabumi semula jadi. Kemudahan jalan-jalan raya utama yang dibina juga dapat menghubungkan Tanjong Karang dengan mukim-mukim lain di sekitar daerah Kuala Selangor iaitu Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Pasangan, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi.

Hulu Bernam

Hulu Bernam adalah kawasan DUN di Selangor, Malaysia, yang telah diwakili di Dewan Undangan Negeri Selangor sejak 1959. DUN tersebut diwujudkan pada tahun 1958 pengagihan semula dan diberi mandat untuk mengembalikan seorang anggota ke Dewan Undangan Negeri Selangor di bawah sistem pasca pengundian yang lalu. Sejak 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Hulu Bernam adalah Rosni Sohar dari Barisan Nasional (BN). Ia dihapuskan pada tahun 1974 ketika diedarkan semula. Ia dibuat semula pada tahun 1995. 2004–2016: Konstituen tersebut terdiri dari daerah pengundian Kawasan SKC, Ladang Lima Belas, Gedangsa, Sungai Selisik, Kampung Gesir, Kampung Sungai Dusun, Kampung Desa Maju, Kampung Sungai Tengi Selatan, Changkat Asa, Kampung Hulu Bernam, Ladang Escot, Kampung Gumut, Bandar Kalumpang, Kampung Baharu Kalumpang, Kuala Kalumpang. 2016 – sekarang: Konstituen ini terdiri dari daerah pengundian Kawasan SKC, Ladang Lima Belas, Gedangsa, Sungai Selisik, Kampung Gesir, Kampung Sungai Dusun, Kampung Desa Maju, Kampung Sungai Tengi Selatan, Changkat Asa, Kampung Hulu Bernam, Ladang Escot, Kampung Gumut, Bandar Kalumpang, Kampung Baharu Kalumpang, Kuala Kalumpang.

Pasir Panjang

Kampung Pasir Panjang di wilayah Selangor adalah sebuah bandar yang terletak di Malaysia – sekitar 51 mi (atau 83 km) Barat Laut Kuala Lumpur, ibu negara. Pasir Panjang adalah daerah kampung 25km dari bandar Port Dickson. Kawasan ini terkenal untuk aktiviti memancing, dengan jeti untuk nelayan yang menuju ke laut yang berlumpur. Tarikan utama di sini adalah Hutan Lipur Pasir Panjang seluas 13 hektar, sebuah taman kecil yang dilengkapi dengan kemudahan yang luas, termasuk kem latihan, gazebo dan dek terapung di sepanjang pantai. PDS Camp and Resort dan Institut Kepimpinan Belia Negara masing-masing menguruskan pusat latihan di sini. Di luar hutan, terdapat pusat penjaja terkenal yang menyajikan hidangan tempatan ‘Ikan Bakar’, dengan harga murah. Jenis makanan laut lain yang dimasak termasuk udang, sotong dan kerang.

Sg. Panjang

Mukim Sungai Panjang terletak di Sungai Besar, Selangor, Malaysia. Sungai Panjang terletak di timur Sungai Besar, di tepi jalan utama antara Kuala Selangor dan Teluk Intan di utara. Kawasan ini amat rata dan tidak kelihatan bukit-bukau apalagi gunung-ganang. Ini kerana Sungai Panjang berhampiran dengan tepi laut.Selat Melaka terletak 15 km di barat Sungai Panjang. Tanah paya telah ditebusguna agar air masam yang bertakung dapat dikeringkan. Tali air dan kunci air telah dibina. Ekonomi utama kawasan ini ialah sektor pertanian, terutama padi sawah. Kawasan ini mengeluarkan padi yang bermutu tinggi hasil penggunaan teknologi tinggi seperti mesin bajak dan mesin tuai. Jalan raya utama telah dilebarkan menjadi 4 lorong tanpa tol oleh kerajaan negeri Selangor, di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Mohammad Khir toyo. Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo dilahirkan di Sungai Panjang, belajar bidang pergigian di UKM dan membuka Klinik Gigi Khir di bandar Kajang.

Pachang Bedena

Mukim Panchang Bedena merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict). Mukim Panchang Bedena merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Sabak Bernam.