Petaling
PETALING Shah Alam Damansara Sungai Buloh Bukit Raja Petaling merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daerah Petaling dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), Subang Jaya (ibu daerah), Puchong, Seri Kembangan, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh. Antara Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di daerah Petaling ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, kampus Petaling Jaya), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR, kampus Petaling), Universiti Putra Malaysia (UPM, Serdang), Universiti Teknologi Mara (UiTM, Shah Alam). Daerah ini juga mempunyai sebuah lapangan terbang awam, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Daerah Petaling juga merupakan sebuah daerah yang termaju di Negeri Selangor. Daerah Petaling ini ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Daerah ini terletak di tengah-tengah Lembah Klang. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan status Bandaraya. Daerah Petaling mempunyai keluasan kawasan sejumlah 484.32 km². Petaling Jaya yang merupakan bandar utama mempunyai keluasan kawasan 97.2 km² dan merupakan Bandar terbesar di antara bandar-bandar di Negeri Selangor. Menurut banci 2005, penduduk Daerah Petaling ialah 1,418,700 orang dengan kepadatan 2929.3/km².