Segambut
Segambut terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Di sini terletaknya kondominium bertaraf tinggi Mont Kiara dan Sri Kiara, kawasan bertaraf tengah Taman Sri Segambut dan Bandar Manjalara, serta kawasan pedalaman Segambut Dalam dan Kampung Sungai Penchala. Segambut pernah menjadi milik mukim Batu Caves sebelum tahun 1974, ketika Kuala Lumpur masih menjadi sebahagian dari Selangor. Kawasan Parlimen Segambut dibuka pada tahun 1994 dan pernah menjadi satu kerusi Barisan Nasional. Datuk Dr Tan Kee Kwong dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memenangi kerusi ini sebanyak 3 kali. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ma Woei Chyi, menggantikannya untuk bertanding di sini, tetapi kalah kepada Lim Lip Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).