Teluk Panglima Garang
Telok Panglima Garang ialah sebuah bandar yang terletak di antara Banting & Klang, Selangor, Malaysia. Lokasinya ialah kira-kira 16 km di selatan Kelang/Klang dan 17 km di utara Banting. Kawasan Industri Teluk Panglima Garang dibina sekitar tahun 1995 bagi menampung keperluan para pelabur yang dijemput melabur di Selangor. Banyak kilang-kilang haram di sekitar Sungai Langat, Sungai Kelang, Banting, Klang dan lain-lain dipindahkan ke sini. Antara kilang yang terbesar ialah kilang elektronik NEC Semiconductor dari Jepun. Apabila bercakap mengenai Telok Panglima Garang, nama tempat itu bukan sahaja merujuk kepada sebuah kampung tetapi kawasan itu juga dinamakan serupa. Nama mukim difahami diambil seiring dengan kewujudan kampung Telok Panglima Garang sebagai kampung terawal di daerah ini. Mengikut sejarah namanya, mungkin ramai yang bingung dan tidak pasti kisah sebenarnya yang bertukar menjadi pemilihan nama kampung atau daerah sebagai Telok Panglima Garang.