Tanjung Dua Belas

Tanjung Dua Belas adalah mukim dan kampung kecil di kawasan Kuala Langat, Selangor, Malaysia.Mukim Tanjong Duabelas merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim.  Mukim Tanjong Duabelas merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Kuala Langat.