Ulu Kelang

Hulu Kelang atau Ulu Klang terletak di hulu Sungai Kelang, timur laut Kuala Lumpur. Kawasan yang berada di bawah mukim ini ialah Taman Melawati,Taman Permata dan Taman Keramat. Antara mukim lain di Gombak ialah Rawang, Setapak dan Batu. Nama mukim ini diambil daripada nama Sungai Klang. Perkataan hulu bermaksud penghulu Sungai iaitu Sungai Klang yang mengalir daripada empangan Klang Gate di Taman Melawati sehingga ke bandar Klang. Muka buminya agak tinggi, 500 meter dari aras laut. Antara lokasi tinggi ialah Bukit Antarabangsa dan Bukit Kemensah dan Bukit Belacan. Ulu Klang menjadi kawasan tadahan hujan bagi Sungai Klang.